Isnin, 27 Februari 2017

Hakikatnya 
.
Bila kau merenung dan berfikir
Dalam hidup ini
apa yang sebenar benarnya kau mahu
.
Apa yang sebenar benarnya kau damba
.
sebenarnya
Ikhlas
.
Bukan terhadap manusia
Bukan terhadap amal
.
Bukannya aku katakan langsung tidak pada segala di atas
.
Tapi wujud yang lebih utama iaitu
.
Ikhlas 
.
terhadap diri kau sendiri
.
terhadap perasaan kau 
Yang sepatutnya lebih kau hargai

Yang sepatutnya lebih kau jiwai

Kerana prioritinya bukan mereka

Bukan mereka yang menentukan bahagia kau
.
tetapi perasaan kau. 

Hey

Satu perkara aku nak engkau laku

feel your own feelings. 


Sabtu, 6 Disember 2014

Pujian / Ujian ?

Assalamualaikum.
Hari ini , aku , seorg insan yang lemah lagi hina ini ,
ingin menitipkan satu pesan berharga buat anda semua.


Abaikan. =_="

Well this post is about pujian. :)

Sajak ini ditulis oleh saya. Nak copy paste ? Sila , tak perlu credits tu segala.

Bismillahirrahmanirrahim

Apabila manusia disuap dengan
kemanisan pujian
Bibir membentuk senyuman
penuh bangga

Hati melonjak gembira gamaknya
'Indahnya pujian';
Manusia itu berkata

Sehinggakan kadangkala
Bibir kelu mengucap kasih
Tiadanya lidah dibasahi syukur
Kasturi wangian ujub takabbur
Memenuhi ruangan udara
Semerbak harumannya

Oh indahnya..

Namun
manusia itu tiada sedar
leka dan alpa
ujub dan dosa dilakukan tanpa bicara
hingga satu ketika
kilatan nista datang menyambar
manusia itu rebah menghempas
kegersangan tanah

Layu diselubungi 1001 soal dan tanya
ayat nafi diungkapkan semua
Tiada pernah rasa rendah dan hiba

Wahai manusia
Kau sudah buta
Warasi akal dan minda
Kenali yang mana racun
yang mana penawarnya.

yo.
read these quotes =>


WARNING , dah baca sajak di atas ,
ai nak tegaskan sikit , walaupun cacian itu meningkatkan prestasi ,
tak semestinya awak boleh terus mencaci. :)
motivate people , and during the hard times , someone will come to motivate you :)